Sunday, September 22, 2024

Peribahasa Melayu Tema Burung



Hari ni anak minta tolong pasal kerja sekolah.

Ada 1 gambar. Burung dengan ekor.

Punyalah fikir akhirnya terpaksa google haha.

Nah jom layan.

IVENTORI PERIBAHASA BAHASA MELAYU

TEMA : BURUNG

 

 

Bil.

Peribahasa

Maksud

P1

Ayam baru belajar berkokok

Baru cukup umur

P2

Anak ayam kebasahan bulu

Gelisah resah, merasa jijik

P3

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke perlimbahan

Tabiat orang tak mungkin berubah

P4

Ayam berinduk, sirih berjunjung

Setiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan

P5

Ayam berlaga sekandang

Berkelahi dengan orang serumah

P6

Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya

Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga negeri sendiri

P7

Ayam bertelur di atas padi

Hidup senang dan mewah

P8

Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar

P9

Ayam dapat, musang dapat

Pencuri tertangkap, barang-barangnya juga tak hilang

P10

Ayam ditambat disambar helang

Nasib yang buruk

P11

Ayam itik, raja pada tempatnya

Setiap orang ahli dalam urusan masing-masing

P12

Ayam pulang ke pautan

Sudah pada tempatnya

P13

Ayam putih terbang siang

Perkara yang nyata mudah diketahui

P14

Ayam seekor bertambang dua

Gadis seorang, dua bujang yang ingin

P15

Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam

Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya

P16

Ayam tak patuk, itik tak sudu

Keadaan orang yang hina dalam masyarakat

P17

Ayam terlepas tangan bau tahi

Perbuatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata

P18

Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling

Tidak senang melihat kebahagiaan orang

P19

Ayam yang tangkas dalam gelanggang

Orang yang pandai berkata-kata dalam majlis

P20

Menggantang anak ayam

Pekerjaan yang mustahil

P21

Ada bangkai adalah hering

Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat mengunjunginya.

P22

Enggang lalu, atap jatuh, anak raja mati ditimpanya

Orang yang kebetulan berada di tempat terjadinya sesuatu kejahatan, dituduh melakukan kejahatan walaupun bukan dia yang melakukannya

P23

Ayam hitam terbang malam

Perkara yang sangat rahsia sangat sukar mencari bukti

P24

Ayam pelesung

Anak muda yang sering datang ke rumah orang yang beranak gadis

P25

Bapak ayam

Bapa yang tidak menghiraukan anaknya

P26

Bagai ayam dimakan tungau

Sangat gelisah

P27

Bagai ayam bertelur di padi

Hidup senang diperisteri orang kaya

P28

Bagai ayam mengarang telur

Perempuan cantik yang menggenit

P29

Bagai ayam lepas bertaji

Serba salah, dibiarkan berbahaya, ditangkap berbahaya

P30

Kalau ayam tak berkokok, tak siangkah hari?

Jika seseorang itu tak suka, sesuatu pekerjaan tetap dapat dijalankan jua demi kepentingan umum

P31

Seperti ayam dara bertelur

Orang yang tak tetap kehadirannya

P32

Seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Hidup sangat miskin sekali

P33

Anak ayam kehilangan ibunya

Keadaan yang bingung dan canggung

P34

Malang bagi ayam, padi masak, makan ke hutan

Kecewa yang besar sekali, keuntungan yang diharap-harapkan tak dapat

P35

Bagai menyekat anak ayam, masuk empat keluar lima

Suatu masalah yang sangat rumit, selesai yang satu muncul yang lain

P36

Bagai menyukat anak ayam

Suatu maslah atau pekerjaan yang sulit diusahakan

P37

Bagai ayam diasak malam

Seseorang yang tiada berdaya lagi

P38

Ayam berinduk, sirih berjunjung

Agar selamat, yang lemah harus mendapatkan perlindungan

P39

Seperti ayam termakan rambut

Perihal seseorang yang sedang menghidap penyakit paru-paru

P40

Seperti ayam termakan rumput

Orang yang hidupnya teramat miskin

P41

Seperti ayam betina

Orang yang sangat penakut

P42

Ayam berkokok di siang hari

Sesuatu yang sudah ada tanda yang pasti

P43

Ayam bertelur sebutir ribut seluruh negeri, penyu bertelur beribu-ribu tiada seorang pun yang tahu

Mempunyai kekayaan sedikit sahaja sudah dibanggakan, tiada mengingat kekayaan orang lain yang jauh lebih banyak

P44

Seperti ayam terkena kepala

Orang yang teramat penurut kehendak orang lain

P45

Bagai ayam disambar helang

Mati tanpa sakit

P46

Bagai gagak menggonggong telur

Perempuan hodoh berpakaian cantik

P47

Bagai itik pulang petang

Berjalan lambat dan berlenggang

P48

Bagai menggelikan induk ayam

Memberanikan orang penakut

P49

Bagai murai dicabut ekor

Perempuan yang suka bercakap banyak

P50

Bagai puyuh laga

Percakapan yang tak pernah habis

P51

Bagai tekukur mengikut kata

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu dan bapa angkatnya

P52

Baik bawa resmi ayam betina, supaya tak ada bencana

Lebih baik merendah diri supaya selamat hidup

P53

Bangau-bangau minta aku leher

Iri hati kerana melihat kelebihan orang lain

P54

Bayan di tangan habis terlepas

Nasib yang malang

P55

Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut

Orang yang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, orang yang cerdik membuat kerja diam-diam

P56

Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak

Orang yang bijaksana itu apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak

P57

Berketak ayam dalam telur

Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya

P58

Biar menyelodok di bawah rumah, asal mendapat telur ayam

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal

P59

Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tidak akan menjadi putih bulunya

Orang yang sudah biasa buat jahat itu biar bagaimana dinasihatkan tapi tabiatnya tidak dapat diubah

P60

Burung hantu kesiangan

Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya

P61

Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang

Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan dan tidak akan selamat

P62

Burung terbang dipipiskan lada

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh

P63

Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan

Jangan percaya akan sesuatu yang kita belum tahu kesahihannya

P64

Seperti bangau di ekor kerbau

Menjadi pak turut sahaja

P65

Tinggi-tinggi terbang bangau, surutnya ke kubang juga

Sejauh-jauh merantau, pulangnya ke kampung juga

P66

Belalang yang hendak menjadi helang

Orang bodoh berlagak pintar

P67

Punggur rebah, belatuk tumpang mati

Kalau orang besar jatuh, banyak orang yang di bawahnya jatuh melarat

P68.

Cabik-cabik bulu ayam

Perbalahan atau perpecahan keluarga yang mudah berbaik semula

P69

Ibarat burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung

Orang yang dalam pingitan, mata lepas tetapi tidak bebas keluar rumah

P70

Membadai burung atas langit, merendah jangan harap

Betapa banyaknya gadis berkeliaran, kalau kita orang miskin jangan berharaplah mereka akan suka akan kita

P71

Minta leher kepada bangau, minta daging kepada badak

Merasa iri hati terhadap kelebihan orang lain

P72

Ada bangkai ada hering

Di mana ada orang, akan datang orang lain untuk bergaul

P73

Helang menerap buaya

Melakukan pekerjaan yang membahayakan diri sendiri

P74

Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan

Pemborosan yang berlebih-lebihan walaupun dalam kemiskinan

P75

Satu sangkar, dua burung

Dua orang perempuan sedang berebutkan seorang lelaki

P76

Laksana burung dalam sangkar

Seseorang yang terikat oleh adat atau keadaan

P77

Umpama burung, tumpang beramai kawan yang banyak

Mengerjakan pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh

P78

Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan

Mengharapkan sesuatu yang besar dan belum pasti, barang yang ada dibuangkan

P79

Kuat burung kerana sayap

Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing yang tidak dipunyai oleh orang lain

P80

Hangat-hangat tahi ayam

Ghairah hanya pada pemulaannnya sahaja

P81

Burung helang cengkam anak ayam

Orang yang berkuasa yang berbuat sewenang-wenang terhadap rakyat

P82

Seciap bak ayam, sedencing bak besi

Seia dan sekata

P83

Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang

P84

Di tempat tiada helang, kata belalang: akulah helang!

Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang pandai

P85

Degar-degar merpati

Perselisihan keluarga akan merapatkan keluarga yang bersangkutan juga, tetapi tidak merenggangkan hubungan

P86

Berfikiran dusunnya itu alam ini, belalang disangkanya helang

Seseorang yang cetek pengetahuan dan dangkal pengalaman

P87

Enggang lalu, ranting patah

Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya

P88

Helang disambar punai tanah

Anak orang besar jatuh cinta dengan anak orang biasa

P89.

Enggang sama enggang, pipit sama pipit

Masing-masing berkumpul atau berjodoh sesama kelas atau darjat

P90

Pipit meminang anak enggang

Orang biasa yang berhajatkan anak orang besar

P91

Dahulu helang pulau, sekarang telah menjadi burung pungguk

Seseorang yang telah turun pangkat dan darjatnya

P92

Sepantun helang dengan ayam, lambat laun disambarnya juga

Tak baik memberikan kebebasan pergaulan antara lelaki dan perempuan, akibatnya kelak membawa keburukan

P93

Cerdik helang, bingung si kikih, murai kecoh juga

Walaupun orang besar itu bodoh atau pandai, orang kecil juga yang akan terpedaya

P94

Seperti helang menyongsong angin

Seseorang yang nampaknya sangat gagah berani

P95

Selama enggang mengeram

Waktu yang lama

P96

Makanan enggang hendak dimakan pipit

Hendak menyamai cara hidup orang besar

P97

Mendengarkan cakap enggang

Mendengarkan pujukan musuh

P98

Seperti pipit dengan burung enggang

Persahabatan/ perjodohan yang sangat tidak sepadan

P99

Pipit meminang anak enggang

Anak orang miskin dan hina melamar anak orang kaya dan berpangkat

P100

Gagak bersuara murai

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya

P101

Gagak lalu, punggur rebah

Orang besar yang berkelakuan kurang adil kepada orang kecil kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya

P102

Seperti gagak pulang ke benua

Orang yang pulang merantau tapi tidak bertambah pengetahuannya

P103

Pipit berlawan dengan garuda

Si kecil berlawan dengan si besar

P104

Burung boleh lupa akan getah, tapi getah tak lupakan burung

Si berhutang boleh lupa kepada yang menghutang, tetapi yang menghutangi tidak akan lupa kepada yang berhutang

P105

Gagak menggonggong telur

Orang hitam beristerikan orang berkulit putih

P106

Itik berenang di air kehausan

Berada di lingkungan keluarga kaya tetapi hidup melarat

P107

Seperti itik mendengar guntur

Mengharap keuntungan yang tidak tentu

P108

Bagai itik bertaji

Orang penakut tetapi sombong

P109

Tak usah itik diajar berenang

Tidak guna mengajar atau mendidik orang yang telah pandai

P110

Itik tak sudu, ayam tak patuk

Seseorang yang tidak diperlukan, tidak akan dihiraukan

P111

Seperti itik berenang di air, mati kehausan

Seorang isteri yang hidup menderita, walaupun mempunyai suami yang kaya raya

P112

Tak ada itik yang bertengger

Sesuatu yang amat mustahil berlaku

P113

Menghinggung bagai itik pulang petang

Perempuan gemuk yang selalu lambat dalam segala hal

P114

Bagai itik berebut tembolok

Bertengkar kerana sesuatu yang kurang berharga

P115

Pipit menelan jagung

Mendapat susah kerana hendak menyamai hidup orang besar

P116

Laksana jentayu menantikan hujan

Orang yang sangat rindu akan kekasihnya

P117

Jinak-jinak merpati

Walaupun mesra tapi sukar didekati

P118

Menjunjung sangkak ayam

Mendapat malu

P119

Bagai jampuk kesiangan hari

Seseorang yang dalam kebingungan atau kehairanan

P120

Jemur berkekar, ayam tiba

Baru memulai pekerjaan, sudah nampak hasilnya

P121

Jerat tidak lupa si balam, balam yang lupakan jerat

Seseorang yang telah melupakan bahaya, yang sebenarnya masih mengancamnya

P122

Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu

Perkara yang mustahil

P123

Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga, serindit, serindit juga

Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga

P124

Ayam laga sekandang

Orang sekeluarga bergaduh

P125

Melapang kandang musang, mempersempit kandang ayam

Memberikan kesempatan kepada penjahat dan tidak menghiraukan orang yang sedang terancam bahaya

P126

Berketuk ayam di dalam telur

Orang bodoh yang ikut berunding dalam hal yang hanya akan menjadi bahan tertawaan orang

P127

Kucing melompat, orang terkejut dari tidur, ayam berkokok, haripun siang

Sebab kesusahan orang, kita pun turut menjadi susah juga

P128

Laksana kedidi, di mana pantai tercungit-cunggit

 Orang yang tidak tahu membawa diri

P129

Sebuah lesung, seekor ayam jantannya

Tiap-tiap kaum seorang kepalanya

P130

Tak helang, si pungguk menjadi helang

Orang bodoh mengaku pandai jika berhadapan dengan orang bodoh juga

P131

Seperti ayam pulang ke lesung

Rasa senang sekali, dapat kembali ke tempat yang paling disukai

P132

Mabuk dek enggang lalu

Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenali

P133

Mati ayam mati tungaunya

Apabila tuannya dapat celaka, anak buahnya ikut menderita

P134

Masuk kampung orang bawa ayam betina

Jika merantau ke tempat orang hendaklah selalu mengalah dan merendah diri

P135

Memandikan itik

Pengetahuan yang baik tidak berguna kepada orang yang tidak mengkehendakinya

P136

Murai berkicau hari siang

Sesuatu yang sudah terang dan nyata

P137

Murai biasa berkicau

Ahli dalam lapangannya sendiri

P138

Lebih manusia kerana akal, lebih burung kerana sayap

Manusia hendaknya selalu menggunakan akalnya yang merupakan keistimewaan dari yang lain

P139

Mara hinggap mara terbang, enggang lalu ranting patah

Sekali orang baik berbuat jahat, sakali itu juga akan dituduh jahat

P140

Mulut bagai ekor ayam dihembus

Orang yang selalu bergerak dan berkata-kata

P141

Musang berbulu ayam

Orang jahat yang bersandiwara seperti orang baik saja

P142

Pejatian balam padi rebah

Sesuatu yang sangat diinginkan

P143

Pipit bukan seekor, jagung bukan sebatang

Menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan

P144

Pipit pekak makan berhujan

Sangat rajin

P145

Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendong

Seorang mendapat kesenangan, orang lain yang menanggung akibatnya

P146

Pungguk rindukan bulan

Kerinduan yang mendalam, tapi kerinduan itu sendiri tidak akan tercapai dihapuskan

P147

Punggur rebah, belatuk menumpang mati

Kalau pelindung roboh, yang berlindung pun ikut jatuh

P148

Demam-demam puyuh

Orang yang demam, tapi bila rezeki datang dia aktif kembali

P149

Mati puyuh hendakkan ekor

Mengingini sesuatu yang tiada

P150

Bagai sepasang merpati

Dua orang perempauan yang sama-sama elok paras rupanya

P151

Penyu itu bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah sebuah negeri

Orang besar mendapat untung banyak tiada yang tahu, orang kecil mendapat rezeki sedikit saja semua orang tahu

P152

Seperti pipit hendak menelan gajah

Orang kecil yang pemboros dan sombong

P153

Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendong

Orang baik yang berbuat jahat, akhirnya dianggap jahat juga

P154

Bagai ayam kena lengit

Seseorang yang pucat mukanya, dan lemah badannya kerana mengidap sesuatu penyakit

P155

Bagai puyuh laga

Perbantahan yang berpanjangan

P156

Seperti puyuh

Dalam keluarga, isteri bekerja keras mencari nafkah, sedangkan suami hanya berfoya-foya saja

P157

Seperti sembunyi puyuh, kepala tersorok ekor nampak

Seseorang yang menyembunyikan rahsia yang kurang sempurna

P158

Rezeki helang tak akan dapat oleh musang

Masing-masing mempunyai rezekinya sendiri

P160

Sapu tangan menali ayam

Kemiskinan yang amat sangat

P161

Bagai ayam diasak malam

Tidak ada daya upaya lagi

P162

Sembunyi-sembunyi puyuh

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara yang benar-benar terjadi

P163

Seperti bangau kasihkan kerbau

Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri

P164

Seperti ayam patuk anaknya

Menghukum anak bukan untuk menyiksa tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu

P165

Seperti ayam termakan rambut

Bunyi nafas yang sesak

P166

Seperti mendapat gagak putih

Perolehan yang bertuah

P167

Seperti merak mengigal di hutan

Menunjukkan pengetahuannya kepada orang yang bodoh

P168

Bagai ayam disambar helang

Seseorang yang mendapat celaka tanpa sebab

P169

Bagai ayam naik ke surau

Melakukan pekerjaan yang tidak akan mendapatkan apa-apa

P170

Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan

Orang biasa yang bercampur dengan orang yang berakal, susahlah hendak diapakan dia

P171

Tak basah paruh pipit

Air yang sangat sedikit

P172

Terbang burung, berinsang ikan

Tidak banyak memilih

P173

Terbulang ayam betina

Orang yang disangka berani rupa-rupanya tidak

P174

Tua-tua telur ayam

Hanya tua sedikit sahaja

P175

Tidur-tidur ayam

Tidur yang tidak nyenyak dan mudah terbangun

P176

Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga

Perangai atau kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya

P177

Seperti ayam beroleh ubi

Sangat girang sekali

 

 


Peribahasa Melayu Tema Burung

Hari ni anak minta tolong pasal kerja sekolah. Ada 1 gambar. Burung dengan ekor. Punyalah fikir akhirnya terpaksa google haha. Nah jom layan...